Apr 16, 2013

Penyakit lagi

Semenjak dua menjak ni, semua benda tak kena plus badan tak berapa nak sihat lah..kat rumah balik cuti pun asyik tidur je..rasa tak berada di bumi yang nyata, rasa nak marah semua orang.

input yang paling besar dalam buku 'Warkah Cinta Berbau Syurga' hasil nukilan. A.ustaz Ubaidillah adalah, hidup kita ni, tak boleh selama-lamanya berpegang dan stick pada kenangan yang lama, sampai satu masa, kita kena lepaskan kenangan tu pergi, mahu tak mahu, kita kena lepaskan kenangan lama supaya kita boleh lebih menghargai orang yang ada di sekeliling sekarang.

Jangan bandingkan apa yang membuatkan kita gembira waktu ketika dahulu dengan apa yang sepatutnya buat kita gembira pada waktu sekarang, sebab semuanya dah tak sama..tak sama..terima hakikat tu, zaman yang lain, manusia yang lain, mustahil ke apa yang kita dapat akan sama dengan apa yang kita rasai satu ketika dahulu.jawapannya tidak !

Jadi, belajarlah untuk melepaskan kenangan dulu yang memang kita sayang dan belajarlah untuk hidup dan adaptkan diri pada waktu yang ada sekarang walaupun hakikatnya susah kita nak berlapang dada dengan apa yang menimpa kita, ataupun ape yang orang lain dah buat kat kita. iA, if we let it go untuk mendapat redha Allah yang jauh lebih luas daripada segala galanya, lama lama hati ini akan lembut untuk memaafi

wasalam

No comments:

Post a Comment